Monday, July 29, 2013

Posted by NAAE Admin on 12:19 AM No comments


Sistem ImmunoCAP ™ 100E adalah sistem diagnostik bersepadu cepat untuk ukuran kuantitatif petanda penyakit alahan, dan penanda untuk keradangan, anafilaksis, dan penyakit seliak.

Menurut pakar pediatrik Pia J. Hauk, MD - "Adalah penting untuk mengenal pasti sensitizations klinikal yang relevan kepada makanan menggunakan ujian cucuk kulit, ujian darah khusus IgE (ImmunoCAP; Phadia, Portage, MI, USA)....untuk memulakan campur tangan (dari pihak ibubapa pesakit dan pesakit itu sendiri)  pemakanan yang sesuai dan mengelakkan sekatan pemakanan yang tidak perlu. Kanak-kanak dengan AD (ekzema) yang pencetusnya adalah alergen makanan menunjukkan tindak balas imun yang berbeza apabila sel-sel darah periferal mononuklear mereka dirangsang dengan alergen makanan. Halangan kulit yang rosak dan ketelapan usus yang meningkatkan betapa mudahnya kepekaan (sensitiviti) kepada alergen muncul"
Maksudnya, kita sebagai ibubapa tidak boleh terlalu bergantung kepada kata-kata pakar, doktor dan mungkin juga orang lain yang sewenang-wenangnya menyatakan anak ekzema alah pada makanan tertentu sedangkan terdapat punca lain seperti persekitaran, cuaca dan juga perkara-perkara seperti tahap kesegaran makanan yang meningkatkan tahap histamine (dalam kebanyakan kes, ada yang boleh makan sotong segar tetapi tidak boleh makan sotong kering kerana tahap histamine berbeza - ini tidak menunjukkan secara tepat dia alah pada sotong kerana dia masih boleh makan sotong dan sotong itu harus segar. Individu ini adalah alah pada histamine dan bukan sotong semata-mata)

Terdapat juga anak yang alah pada hama SEMATA-MATA disekat pemakanan tertentu seperti susu lembu, makanan laut sedangkan punca kerengsaannya adalah tilam yang dia tidur contohnya. Apabila tilam di bersihkan dari hama dengan menggunakan alat khas dan disarung dengan sarung anti dustmite, anak tersebut boleh sahaja menikmati makanan berunsurkan tenusu tanpa apa-apa masalah.

Jadi bahaya bukan? Menyekat zat yang pastinya anak boleh terima tapi kita salah perkiraan?

Sebab itu kami di NAAE mengalakkan ibubapa mengambil Ujian Darah ini bagi memudahkan pengawalan ekzema anak mereka dan mengelak dari kanak-kanak tersebut mengalami malnutrisi dari pemakanan penting  WALAUPUN pakar menyatakan ia makanan yang menyumbang pada alahan. Hanya selepas menjalani ujian darah ini sebenarnya barulah terbukti anak alah pada makanan tersebut dan tanpa menjalani ujian ini, ibubapa tidak boleh menerima tuduhan menyatakan anak adalah alah pada susu lembu contohnya.

Berikut adalah markah keputusan ujian setelah di ambil. Seeloknya selepas mengambil ujian, keputusan dibawa berbincang bersama-sama seorang pakar immunologi untuk tindakan lanjut.


The RAST test is scored on a scale from 0 to 6:
RAST ratingIgE level (KU/L)comment
0< 0.35ABSENT OR UNDETECTABLE ALLERGEN SPECIFIC IgE
10.35 - 0.69LOW LEVEL OF ALLERGEN SPECIFIC IgE
20.70 - 3.49MODERATE LEVEL OF ALLERGEN SPECIFIC IgE
33.50 - 17.49HIGH LEVEL OF ALLERGEN SPECIFIC IgE
417.50 - 49.99VERY HIGH LEVEL OF ALLERGEN SPECIFIC IgE
550.0 - 100.00VERY HIGH LEVEL OF ALLERGEN SPECIFIC IgE
6> 100.00EXTREMELY HIGH LEVEL OF ALLERGEN SPECIFIC IgE
Ujian RAST markah pada skala dari 0 hingga 6:
Kedudukan CAP-RASTTahap IgE (KU / L)komen
0<0,35TIDAK HADIR ATAU tidak dapat dikesan alergen KHUSUS IgE
10,35 - 0,69PERINGKAT RENDAH DARI alergen KHUSUS IgE
20,70 - 3,49Tahap yang sederhana alergen KHUSUS IgE
33,50 - 17,49TAHAP TINGGI KHUSUS IgE alergen
417,50 - 49,99Tahap yang tinggi alergen KHUSUS IgE
550,0-100,00Tahap yang tinggi alergen KHUSUS IgE
6> 100,00PERINGKAT sangat tinggi alergen KHUSUS IgE


You need to know more to do more!
Kumpulan sokongan NAAE berbesar hati kerana mendapat kerjasama bersama
GLOBAL ALLERGY MALAYSIA
yang menyediakan harga istimewa
buat ahlinya

Untuk menjadi ahli, inbox admin di fanpage kami dengan menyatakan siapa yang mempunyai eczema dan keinginan anda untuk mendapat maklumat lanjut.


Baca pengalaman seorang ahli NAAE kami,Mommy Shehan Ismail di sini tentang menjalani ujian diagnostik ini :



0 comments: