Tuesday, July 30, 2013

Posted by NAAE Admin on 6:09 AM No comments
Baru-baru ini, sekumpulan para saintis telah melakukan kajian di mana sepasukan doktor Australia melayari Internet untuk menguji keberkesanan dan ketepatan enjin carian Google apabila mereka dibentangkan dengan beberapa gejala penyakit.

Hasilnya, carian web memberi diagnosis yang betul bagi 15 daripada 26 kes yang dibentangkan.

"Para penyelidik mengatakan enjin carian Google boleh menjadi "alat bantuan yang berguna", dan walaupun doktor memiliki sejumlah besar maklumat perubatan di kotak minda mereka, enjin carian boleh menawarkan bantuan lanjut dalam kes-kes yang luar biasa."

"Para penyelidik percaya maklumat perubatan berkembang pada kelajuan yang mana para-para doktor tidak akan mampu untuk bersaing, enjin carian berasaskan laman sesawang di seluruh dunia seperti Google menjadi alat terkini dalam bidang perubatan klinikal, dan doktor dalam latihan perlu menjadi mahir dalam penggunaan mereka. "

Jadi, jika doktor anda tidak menggunakan Google, mereka ketinggalan zaman dan tidak mengembangkan pengetahuan mereka di luar apa yang mereka pelajari di sekolah perubatan!

Bagaimanapun, apa-apa maklumat yang anda dapat daripada doktor, TV, majalah, surat khabar, Google, Facebook, atau di mana-mana sekalipun, sila lakukan penyelidikan selanjutnya sendiri dan mengesahkan setiap maklumat yang anda dapat dengan seberapa banyak pakar yang perlu. Walau bagaimanapun keputusan kesihatan anak-anak anda dan diri anda sendiri akhirnya terletak di dalam tangan anda.

Jadi pesakit yang berilmu membuat keputusan!



sumber :


Categories:

0 comments: