Wednesday, July 31, 2013

Posted by NAAE Admin on 12:41 AM No comments


Didorong oleh semangat membara ditambah pula dengan warisan Italinya, Profesor Dr Roberto Crea, pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden CreAgri Inc, telah menemui manfaat rahsia ajaib Mediterranean - Zaitun.

Sepanjang lebih daripada satu dekad dedikasi Prof Crea tertumpu kepada pembangunan kajian yang menyeluruh dan melaksanakan banyak kajian klinikal manusia dengan kerjasama makmal baru dan universiti di seluruh dunia. Semua ini menyebabkan beliau memilik tujuh paten antarabangsa Olivenol Plus dan prinsip aktifnya. Dengan berbuat demikian, beliau telah membuka kunci rahsia buah zaitun.

Walaupun biophenols hadir dalam minyak zaitun, kepekatannya lebih tinggi sebenarnya terdapat pada biophenols dalam baki air zaitun (jus)


PADA tahun 1992, ketika umur Khor Siew Nai baru menjangkau 15 tahun, gadis comel itu diserang demam teruk sehingga timbul tompok-tompok merah di atas kulitnya.

Doktor pada awalnya menyangka Siew Nai menghidap demam denggi tanpa menyedari ia adalah permulaan kepada sejenis penyakit yang akan menghantui remaja itu seumur hidupnya.

Apabila tompok-tompok merah itu semakin membesar dan diagnosis lanjut dilakukan, akhirnya doktor mengesahkan dia menghidap psoriasis. Penyakit kulit itu menyebabkan tompok-tompok bersisik dikenali sebagai plak psoriatik. Ia merupakan bahagian-bahagian keradangan dengan mengeluarkan kulit yang berlebihan.


Kulit menjadi tebal dan keras di kawasan radang itu malah lapisan keras tersebut mengakibatkan sel-sel mati berwarna perak. Ia sering didapati di bahagian siku dan lutut kulit, tetapi boleh juga merebak ke mana-mana bahagian badan. Luka radang boleh mengakibatkan kepedihan, kegatalan dan kelihatan hodoh. Bahkan, lebih daripada penderitaan fizikal, psoriasis juga bagaikan membunuh emosi pesakit.

Kerana itulah, ayat pertama yang muncul keluar dari mulut Siew Nai “Saya rasa seperti hidup semula selepas 20 tahun.”

Kini berusia 38 tahun dan bertugas sebagai seorang pensyarah kejururawatan di sebuah kolej di Petaling Jaya, Selangor, dalam tempoh 20 tahun itu bukan sedikit kesakitan serta penderitaan yang perlu ditanggungnya.

SIEW NAI yang mengamalkan pengambilan Olivenol atau jus zaitun kini boleh tersenyum apabila semakin bebas daripada belenggu psoriasis.


Bahkan, pandangan jijik sesetengah orang saat melihat keadaannya meninggalkan kesan psikologi yang tidak kurang mendalam kepada Siew Nai.

“Bayangkan dalam 20 tahun ini, saya telah menggunakan krim steroid yang perlu disapu pada kulit untuk mengawal penyakit psoriasis saya. Bertugas dalam bidang kejururawatan saya sangat memahami krim ini boleh memberi kesan sampingan seperti kanser, menopaus lebih awal, hipertension dan banyak lagi. Namun, saya tidak ada pilihan lain.

“Kerana itulah bagi saya, separuh daripada tubuh saya sebenarnya sudah dirosakkan dek pelbagai ubatan berasaskan bahan kimia,” kongsi Siew Nai menggambarkan penderitaan yang perlu ditanggungnya.

Sehinggalah pada tahun 2009, dia tertarik dengan satu iklan di sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai rahsia antioksida dalam jus buah zaitun.

Menjadi salah satu daripada bahan penting dalam Diet Mediterranean, khasiat buah zaitun memang menjadi sebutan dan nukilan makalah kesihatan sejak beratus tahun dahulu.

Bagaimanapun, sebelum ini buah zaitun diproses untuk mendapatkan minyaknya sedangkan jus buah itu akan dibuang kerana jika disimpan lama akan bertukar menjadi toksik.

Sehinggalah sekitar 10 tahun lalu, seorang saintis yang menjalankan penyelidikan mengenai Diet Mediterranean menemui keajaiban di sebalik buah itu.

Penyelidik yang berpengalaman selama tiga dekad dalam bidang bioteknologi, Profesor Roberto Crea mendapati hydroxytyrosol merupakan sejenis molekul kecil dan berstruktur ringkas dalam keluarga folifenol yang memainkan peranan penting dalam aktiviti otak mamalia.

Crea bagaimanapun mendapati hydroxytyrosol hanya hadir dalam jumlah yang agak kecil dalam minyak zaitun iaitu sekitar dua peratus.

Kemudian, saintis kelahiran Itali itu melakukan kajian ke atas jus zaitun. Selepas menjalani pelbagai proses pengekstrakan dan memecahkan molekul besar folifenol, beliau mendapati hydroxytyrosol dalam jus zaitun adalah 300 kali ganda lebih tinggi daripada dalam minyaknya.

Khasiat antioksida terhadap kulit tidak boleh dipertikaikan lagi apabila ia membantu mengurangkan masalah kulit serta memperlahankan penuaan sel, selain baik untuk folikel rambut serta kuku.

PSORIASIS pernah menghantui hidup Siew Nai sehingga menjejaskan kehidupan hariannya.

Kerana itu, Siew Nai antara pesakit psoriasis yang kini berjaya mengurangkan radang kulitnya selepas menikmati khasiat jus zaitun.

Untuk menyebarkan khasiat jus zaitun itu, Crea kemudian mengkomersialkan penemuannya dengan menghasilkan produk Olivenol.

Selepas dipasarkan pada tahun 2008 di Malaysia, produk itu kini dipertingkat lagi menerusi Olivenol Plus.

Olivenol Plus cecair lebih mudah menyerap melalui sistem usus perut ke dalam saluran darah yang kemudian bertindak melawan radikal bebas dalam tubuh manusia.

Notakaki : Apabila ditanya kebanyakkan ahli, apa bezanya Olivenol dan minyak zaitun biasa - jawapannya ialah kepekatan anti oxida hydroxytyrosol - 2ml ekstrak jus zaitun Olivenol bersamaan dengan 12oz minyak zaitun tulen yang terbaik dari ladang (biasanya ladang-ladang kecil persendiriaan yang bukan untuk di eksport)


Kami di NAAE seringkali memberi maklumat terkini tentang promosi yang dijalankan oleh farmasi dan pembelian GROUP BUY yang lebih murah untuk Olivenol PLUS
Untuk maklumat lanjut sertai kami di

sumber :
untuk sebarang pertanyaan tentang OLIVENOL PLUS di Malaysia

PENAFIAN : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan perubatan. Jika anda merasakan bahawa anak anda mungkin menderita dengan Ketagihan Steroid Topikal sila rujuk Pakar Kesihatan dan Penjagaan Profesional berkelayakan untuk panduan awal pelan rawatan. Ungkapan mereka yang ditemubual 'tidak semestinya mewakili pandangan pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai pengalaman yang sama.


0 comments: