Saturday, July 27, 2013

Posted by NAAE Admin on 11:20 PM No comments
Pernahkah anda di beri krim untuk merawat eczema anak anda atau diri anda sendiri namun selepas beberapa bulan penggunaan, anda dapati eczema datang balik dan apa sahaja yang anda sapu tidak membantu?

Pernahkah anda menggunakan krim hydrocort namun mendapati selepas beberapa bulan penggunaan, krim tidak berjalan langsung dan anda diberi krim yang lebih kuat?

Tahukah anda wujudnya ketagihan kepada steroid topikal (krim steroid)?

Artikel asal ini saya terjemahkan daripada Dr Mototsugu Fukaya salah seorang pakar dermatologi atau sakit kulit yang telah mengkaji bagaimana sebenarnya dari eczema yang biasa dan tidak serious, keadaan menjadi lebih serious hanyak kerana penggunaan sistematik krim steroid topikal. Penggunaan krim ini pada saya tidak membantu langsung, malah dari sejak tahun 1974 lagi, sudah ada kajian yang menyatakan ianya memberi kesan buruk, namun dipandang enteng oleh kebanyakkan pakar di Malaysia.

Istilah "topical steroid addiction" berasal dari Penerangan Burry dalam kertas bertajuk "Topical drug addiction: adverse effects of fluorinated corticosteroid creams and ointments". Pada tahun 1973 didalam kertas kajian tersebut Burry menyebut tingkah laku pesakit yang menggunakan steroid topikal berterusan steroid topikal kerana takut gangguan selepas pemberhentian sebagai "ketagihan". Didalam istilah ketagihan penggunaan steroid topikal beliau ini, ia merupakan sejenis tindak balas psikologi.

Pada tahun 1974 Albert Kligman memberi amaran bahawa ketagihan steroid topikal mungkin berlaku di kalangan pesakit dengan dermatitis atopik. Tetapi manifestasi kulit ketagihan topikal steroid diterangkan oleh Burry Kligman atau hampir sama dengan rosacea yang disebabkan oleh steroid . Jadi kepentingan masalah ini seolah-olah dipandang ringan.

Sneddon melaporkan satu kes yang teruk kekurangan hormon korteks adrenal disebabkan topikal steroid  pada tahun 1976. Namun mungkin hanya beberapa pakar dermatologi yang melihat hubungan TSA  di antara kajian Burry atau Kligman dan Sneddon ini. Nampak seolah-olah dua masalah yang ini sangat berbeza di antara satu sama lain tetapi berhubung kait rapat secara asasnya.

Saya akan rujuk di sini.
Di Jepun pula pada tahun 1991, Enomoto melaporkan beberapa kes-kes pembangunan erythroderma selepas berhenti daripada pengunaan steroid topikal. Sebahagian daripada mereka mengalami kekurangan hormon korteks adrenal.

Tidak mustahil TSA dilaporkan pada awal tahun 1990an di Jepun. Jepun adalah sebuah negara yang kaya pada masa itu dan rakyatnya dengan mudah boleh mendapatkan ubat yang banyak tanpa perbelanjaan mereka sendiri (subsidi oleh negara itu).

Di Amerika Syarikat, Rapaport giat memberi pendedahan tentang "Sindrom kulit terbakar dan merah" (“The red burning skin syndrome”) pada tahun 2003. Konsep ini terletak di pertengahan antara TSA Kligman dan kes Sneddon dan hampir kepada Enomoto. Burry, Kligman dan Rapaport menerangkan kes mereka sebagai "ketagihan kepadasteroid topikal" tetapi Enomoto dan Sneddon tidak. Selain daripada istilah, kesemua kes berkaitan.

Untuk memahami TSA, seseorang itu perlu tahu dua aspek steroid topikal. Biarpun ramai pakar menyatakan aspek positifnya adalah menyekat keradangan imunologi yang berlebihan namun ia mempunyai aspek negatif bahawa epidermis akan nipis dan melemahkan fungsi halangan yang di pegang oleh kulit.

Rajah di bawah akan membantu pemahaman.




Pada mulanya, steroid topikal bekerja dengan baik. Kesan sampingan halangan epidermis menjadi tidak berfungsi tidak jelas. Pesakit tidak ketagih. Selepas penggunaan steroid topikal jangka panjang berterusan, disfungsi halangan epidermis berkembang secara beransur-ansur. Kulit menjadi sensitif dan mudah bertindak balas terhadap pelbagai rangsangan luar. Tetapi kerana fungsi steroid menekan (supressing), keradangan tidak pernah menjadi begitu teruk selagi pesakit terus menggunakan steroid topikal dari semasa ke semasa.

Jika pesakit tidak meneruskan penyapuan steroid topikal, ekzema akan muncul. Ia bukan kerana punca asal eczema pesakit tetapi kerana kesan sampingan daripada topikal steroid itu sendiri. Ini yang dikatakan pesakit ketagih pada steroid topikal.

Jika pesakit yang mengalami ketagihan ini tidak menarik diri daripada steroid topikal dan terus menggunakan lebih banyak atau secara sistematik, fungsi halangan dimusnahkan sepenuhnya. Kulit tidak boleh menghalang aliran masuk steroid topikal terus ke dalam tisu. Kepekatan  steroid dalam dara hakan meningkat dan pesakit boleh mengalami kekurangan hormon korteks adrenal. Ini ketara daripada fenomena yang sama. Perbezaannya hanya tahapnya.

Topical drug addiction: Adverse effects of fluorinated corticosteroid creams and ointments
Burry JN.; Med J Aust. 1973 Feb 24;1(8):393-6.
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/4266903

Steroid addiction
Kligman AM., Frosch PJ., International Journal of Dermatology Volume 18(1974) Issue 1, Pages 23 - 31
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/153891

Steroid withdrawal syndrome by topical corticosteroids.
Enomoto M, Arase S, Shigemi F, Takeda K. Kousyou Journal of Japanese cosmetic science society Vol.15 No.1(1991)
http://www.jcss.jp/journal/pdf/1501/1501_17.pdf

Corticosteroid addiction and withdrawal in the atopic: the red burning skin syndrome MJ. Rapaport etc.Clinics in Dermatology Volume 21, Issue 3, May-June 2003, P201-214
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12781438

PENAFIAN : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan perubatan. Jika anda merasakan bahawa anak anda mungkin menderita dengan Ketagihan Steroid Topikal sila rujuk Pakar Kesihatan dan Penjagaan Profesional berkelayakan untuk panduan awal pelan rawatan. Ungkapan mereka yang ditemubual 'tidak semestinya mewakili pandangan pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai pengalaman yang sama.

0 comments: